Lokasi Kotak Pengumpulan e-Sisa Mudah Alih

Kotak pengumpulan e-Sisa Mudah Alih: Telefon Lama, Kehidupan Baharu boleh ditemui di cawangan telekomunikasi terpilih, sekolah, universiti dan lokasi peruncit.

Klik di bawah untuk alamat penuh.

didyouknow

Anda juga boleh memeriksa dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di kawasan anda berkaitan pengumpulan e-Sisa Mudah Alih.

Responsive image

Apakah Yang Boleh Kita Buang di Kotak Pengumpulan e-Sisa Mudah Alih?

Peranti Mudah alih
Terpakai

Sama ada telefon bimbit lama atau telefon pintar yang ketinggalan zaman, pemain media atau tablet.

Bateri
Terpakai

Bawa bateri lama atau bateri tambahan yang terpakai. Bateri AA dan AAA tidak diterima.

Aksesori
Terpakai

Pengecas, alat bantu pendengaran, kad memori tambahan dan kabel diterima.

Menguruskan Data dalam Peranti Mudah Alih Anda

Bagaimana Melindungi Maklumat Anda Semasa Mengitar Semula?

Proses mengitar semula e-Sisa Mudah Alih melibatkan penghapusan apa-apa maklumat yang tinggal dalam telefon anda supaya anda yakin maklumat peribadi anda kekal selamat pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, sebaiknya ikuti langkah berikut sebelum membuang peranti lama anda ke dalam kotak pengumpulan:

  • Batalkan perkhidmatan anda (sekiranya berkaitan).
  • Pindahkan maklumat dari memori peranti mudah alih anda, kad memori tambahan dan kad SIM ke peranti baharu.
  • Pastikan anda memadam semua data di peranti mudah alih anda atau anda boleh menjalankan penetapan semula.
  • Buang dan hapuskan kad SIM dan kad memori tambahan yang tidak digunakan lagi dari peranti mudah alih anda.
Responsive image

Penyumbang/Peserta yang dihormati

  1. Dengan memasukkan peranti ini ke dalam kotak pengumpulan, anda bersetuju untuk menyertaiprogram pengurusan e-sisa (please confirm) (“Program”), dan mengakui bahawa anda merupakan pemilik sah kepada peranti tersebut dan/atau merupakan wakil kepada pemilik sah peranti tersebut, dan melepaskan semua milikan dan hak ke atas peranti tersebut.
  2. Anda juga bersetuju untuk memadamkan semua maklumat yang disimpan di dalam peranti tersebut termasuk dan tidak terhad kepada teks, data, gambar, imej, aplikasi dan maklumat peribadi. Bagi tujuan ini, terma maklumat peribadi mempunyai maksud yang sama sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti dipinda dari semasa ke semasa).
  3. Anda bersetuju untuk menerima semua risiko dan tanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kos, perbelanjaan, tanggungan dalam pelbagai bentuk atau keadaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atas sebarang pelanggaran kepada terma Program ini. 
  4. Anda akan mempertahankan, menanggung rugi dan tidak akan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”), dan pihak-pihak berkepentingan daripada sebarang tindakan, tuntutan, gantirugi, kos, kehakiman, dekri, perbelanjaan (termasuk dan tidak terhad kepada sebarang yuran perundangan yang munasabah), penalti dan liability dalam apa jua jenis dan bentuk yang timbul daripada sebarang tuntutan pihak ketiga di atas penyertaan anda dalam Program ini.

Ketahui lebih lanjut tentang Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Terma Penggunaan | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Penafian | Laporan