Sisa Elektrik dan Elektronik

e-Sisa adalah terma yang digunakan merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula.
Sumber: StEP

e-Sisa boleh dikategorikan mengikut jenis produk, saiz produk atau teknologi pemprosesannya. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggunakan pengkelasan kategori seperti berikut.

Responsive image

Peralatan Mengubah Suhu
Umum dikenali sebagai "peralatan penyejukan dan pembekuan", terdiri daripada peti sejuk, penyejuk beku, penghawa dingin dan lain-lain.

Responsive image

Lampu
Termasuk semua jenis lampu kalimantang, lampu berkeamatan tinggi dan lampu LED.

Responsive image

Skrin
Termasuk televisyen, skrin paparan, komputer riba dan tablet.

Responsive image

Peralatan IT dan Telekomunikasi Kecil
Termasuk produk seperti telefon bimbit, peranti GPS, mesin pengira poket, kotak penghala, mesin pencetak, telefon dan lain-lain.

Responsive image

Peralatan Kecil
Biasanya terdiri daripada penyedut hampagas, ketuhar gelombang mikro, kipas, alat pembakar roti, cerek elektrik, pencukur elektrik, kamera video dan lain-lain.

Responsive image

Peralatan Besar
Biasanya terdiri daripada produk seperti mesin basuh, mesin pencuci pinggan, ketuhar elektrik, mesin fotokopi dan lain-lain.

Bagi program e-sisa Mudah Alih, kami memfokuskan pada pengumpulan peralatan IT dan telekomunikasi kecil seperti telefon bimbit, tablet, kamera dan bank kuasa termasuk dengan alat pengecas dan aksesorinya sekali.

Responsive image

Peningkatan e-Sisa

e-Sisa adalah salah satu jenis sisa yang meningkat paling tinggi di negara maju dan membangun. Jumlah e-Sisa di Asia telah meningkat hampir ke 63% dalam tempoh 5 tahun. Malaysia menghasilkan 243 tan e-Sisa pada tahun 2015 sahaja dan jumlah e-Sisa yang kita hasilkan telah bertambah sehingga 39.7% dari tahun 2010 hingga 2015.

Responsive image
Responsive image

Bahaya e-Sisa

Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi pada peranti lama yang dibuang?

Responsive image

Peranti mudah alih dan aksesori yang dibuang akan dihantar ke tapak pelupusan

Responsive image

Komponen toksik tidak terurai akan terkumpul

Responsive image

Semakin banyak peranti mudah alih dibuang, semakin serius pencemaran

Responsive image

Bahan bertoksik mencemari persekitaran, contohnya air bawah tanah

Responsive image

Bahan pencemar bertoksik mengakibatkan masalah kesihatan dalam masyarakat

Peranti elektrik dan elektronik diperbuat daripada komponen berbahaya yang tidak terurai seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh membahayakan kesihatan dan mencemar alam sekitar. Oleh itu, peranti tersebut perlu dilupuskan dengan baik oleh kilang yang diperakui apabila tidak lagi digunakan.

Responsive image

e-Sisa dan Kesihatan

Sistem pelupusan yang tidak cekap dan cara pemprosesan e-Sisa yang tidak terkawal sering mengakibatkan ketirisan bahan kimia berbahaya yang boleh mengganggu kesihatan.

Responsive image

Sistem saraf tunjang
Terkesan akibat antimoni, arsenik, beryllium, plumbum, raksa dan poliklorida byphenils (PCB)

Responsive image

Sistem percernaan dan perkumuhan
Terkesan oleh antimoni, kadmium dan plumbum

Responsive image

Sistem pembiakan dan endokrin
Terkesan oleh bahan kalis api mengandungi brominate, dioksin dan furan (PCDD/PCDF), DDT dan plumbum

Responsive image

Sistem pernafasan
Terkesan oleh arsenik, kromium, raksa dan vinyl klorida

Responsive image

Darah
Terkesan oleh plumbum dan raksa

Responsive image

Tulang
Terkesan oleh kadmium dan plumbum

Responsive image

Sistem imunisasi
Terkesan oleh dioksin dan furans (PCDD/PCDC), DDT dan PCB

Mengitar Semula e-Sisa

Semasa proses mengitar semula berjalan, peranti mudah alih anda akan dipecahkan pada beberapa komponen kecil seperti sarung, bateri, skrin dan papan litar.

Bahan yang tidak boleh digunakan lagi akan dilupuskan dengan cekap, manakala yang masih boleh digunakan akan diekstrak untuk membuat produk baharu. Proses ini dipanggil perlombongan urban.

Logam yang diekstrak daripada e-Sisa adalah antara 40 hingga 50 kali lebih padu daripada logam yang diekstrak dari lombong. Contohnya, satu tan bijih emas mengandungi kira-kira 5 gram emas tetapi satu tan litar telefon mengandungi 150 gram emas, 30 kali lebih banyak!

Sumber: Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

PERLOMBONGAN URBAN menggunakan bahan sedia ada secara bijak dan merupakan sebahagian daripada Kitaran Ekonomi.

Semua bahan yang dipulihkan akan diproses atau dijual pada kilang pembuatan yang relevan. Walau bagaimanapun, proses pemulihan mesti dilakukan oleh kilang yang diperakui dan mengikut prosedur piawaian.

Benda yang boleh dihasilkan daripada sumber terpulih termasuklah keluli tahan karat, bateri, palet perkapalan plastik & ketulan emas.

Rakan kitar semula:
Proses pemulihan e-Sisa Mudah Alih dilaksanakan oleh Shan Poornam Metals Sdn. Bhd.

Responsive image

KITARAN EKONOMI adalah ekosistem terkawal yang bersifat pulih dan tumbuh semula yang mensasarkan untuk memastikan produk, komponen dan bahan tersebut berada pada penggunaan dan nilai tertinggi pada bila-bila masa, yang dibezakan menerusi kitaran teknikal dan biologi.

Sumber: Ellen MacArthur Foundation

Responsive image

Manfaat daripada Pengurusan e-Sisa Yang Berkesan

Terma Penggunaan | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Penafian | Laporan