Program e-Sisa Mudah Alih telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos 2015 dengan sasaran untuk mendidik semua lapisan masyarakat tentang kepentingan melupuskan dan mengitar semula e-Sisa Mudah Alih secara selamat dan mesra pengguna.
Seterusnya, ia menjadi aspirasi bagi program tersebut untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan sumbangan dan pembabitan orang ramai terhadap budaya 3R, Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dalam semua aspek kehidupan untuk menjamin bumi yang lebih mampan.
Program ini juga merupakan salah satu inisiatif SKMM dalam menyokong komitmen negara dalam mengurangkan sehingga 45 peratus pelepasan gas rumah hijau daripada Keluaran Dalam Negara (GDP) menjelang 2030 berbanding tahap produksi 2005.